MAJLIS APRESIASI PENGAWAS PUSAT SUMBER 2012

Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber SMK Sri Andalas 2012 telah berlangsung dengan meriahnya di Kota Kemuning Golf and Country Resort, Shah Alam pada 1 November 2012. Alhamdulillah, seramai 71 orang pengawas dan 15 orang guru serta pentadbir sekolah telah menyertai majlis ini. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.



















READ 2012

READ 2012 telah berlangsung serentak di semua sekolah pada 24 oktober 2012. Aktiviti ini sangat baik dilaksanakan untuk memupuk minat para pelajar terhadap aktiviti membaca.













MAJLIS GRADUASI KALI KE-2

Majlis Graduasi kali ke-2 SMK Sri Andalas 2012 merupakan majlis yang julung-julung kalinya diadakan di luar kawasan sekolah ( hotel ) bagi meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Sri Andalas bagi tahun 2012. Majlis graduasi kali ini diadakan di Klang Executive Club dengan tujuan memberi keselesaan kepada para jemputan. Majlis ini merupakan majlis penganugerahan pihak sekolah kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka di sekolah ini.










PESTA BUKU 2012

Nilam secara pengurusannya merangkumi rancangan untuk membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah. Program penilaian pembacaan yang berterusan ini berlangsung sepanjang tahun dan berterusan. Oleh sebab itu, Pusat Sumber sekolah akan mengadakan lawatan ke Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 yang akan diadakan pada 6 Julai 2012.