Karnival Pusat Sumber Gemilang 2010

      
Karnival Pusat Sumber merupakan program  tahunan yang diadakan untuk menanamkan minat cintakan ilmu dan sayangkan Pusat Sumber serta berusaha mempraktikkan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, Karnival Pusat Sumber juga dapat mencungkil bakat terpendam melalui pelbagai aktiviti yang akan disediakan. Karnival ini berlangsung dari 2 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2010. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah berlangsung selama karnival ini berjalan dan telah berjaya dengan jayanya.

         
         OBJEKTIF
  •   Untuk menarik minat para pelajar agar sayangkan ilmu dan Pusat Sumber.
  •  Untuk  menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
  •  Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.
  •  Mencungkil dan mengasah bakat-bakat yang ada di kalangan para pelajar.

Aktiviti yang dijalankan telah memberi manfaat dan impak positif di kalangan para pelajar dan guru-guru SMK Sri Andalas. Selain itu, kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak termasuk pentadbir, guru-guru serta pengawas Pusat Sumber amatlah dihargai dalam  menjayakan program  tahun ini.





  








Membaca Pantas (Speed Reading) 2010

Membaca sangat digalakkan dalam Islam. Banyak program yang telah diwujudkan bagi emastikan semua pelajar dapat meningkatkan minat dan kemahiran membaca. Oleh itu, Perpustakaan Daerah Klang, Meru dengan kerjasama Pejabat Daerah Klang telah mengadakan Pertandingan Membaca Pantas yang diadakan untuk pelajar sekolah menengah. Pertandingan melibatkan 30 buah sekolag daerah Klang.


Objectif :


  • Meningkatkan minat membaca dikalangan para pelajar.
  • Menguji kemahiran membaca para pelajar.
  • Menggalakkan persaingan yang sihat diantara para pelajar.
  • Menjayakan program Nilam peringkat Daerah Klang.


Tempat Pertandingan membaca pantas ini diadakan di Dewan Orang Ramai, Meru. Pada 31 Julai 2010 (Sabtu). Pertandingan diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Dibawah adalah antara gambar- gambar yang diambil semasa pertandingan berlangsung.