Karnival Pusat Sumber merupakan program tahunan yang diadakan untuk menanamkan minat cintakan ilmu dan sayangkan Pusat Sumber serta berusaha mempraktikkan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, Karnival Pusat Sumber juga dapat mencungkil bakat terpendam melalui pelbagai aktiviti yang akan disediakan. Karnival ini berlangsung dari 2 Ogos 2010 hingga 13 Ogos 2010. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah berlangsung selama karnival ini berjalan dan telah berjaya dengan jayanya.
OBJEKTIF
- Untuk menarik minat para pelajar agar sayangkan ilmu dan Pusat Sumber.
- Untuk menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
- Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.
- Mencungkil dan mengasah bakat-bakat yang ada di kalangan para pelajar.
No comments:
Post a Comment