Karnival Pusat Sumber Gemilang 2011

Karnival Pusat Sumber  tahun ini lebih menarik dari tahun lepas tetapi objectif karnival ini tetap tida berubah yang diadakan untuk menanamkan minat cintakan ilmu dan sayangkan Pusat Sumber serta berusaha mempraktikkan dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, Karnival Pusat Sumber juga dapat mencungkil bakat terpendam melalui pelbagai aktiviti yang akan disediakan. Tema untuk karnival pada tahun ini adalah "PSS Melahirkan Modal Insan Yang Unggul". Karnival pada tahun ini diadakan pada 8 Ogos hingga 12 Ogos 2011. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ini dijalankan, antaranya adalah :-
  • Kuiz "Kenali Pusat Sumber Gemilang",
  • Kuiz "Cuba Teka berapa?",
  • Perlantikan pengawas baru,
  • Permainan - permainan yang menarik,
  • Yang paling menarik adalah kehadiran Dr. Fazley Yaakob dan Hjh. Rohaya yang memeriahkan lagi karnival pada tahun ini.
           Di bawah adalah antara gambar-gambar yang telah diambil semasa karnival berlangsung.











Terima kasih diucapkan kepada semua Pentadbir SMK Sri Andalas, Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Gemilang dan AJK yang telah membantu, menyokong dan menjayakan Karnival ini. Tidak lupa juga kepada semua AJK serta pengawas Pusat Sumber yang telah banyak membantu dalam menjayakan program ini. Insyaallah, diharapkan segala kekurangan akan dapat diatasi dan diperbaiki pada masa akan datang.


          => Lagi Gambar-Gambar Karnival 2011


LAWATAN HARI ILMU DAN PESTA BUKU SELANGOR 2011


NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan  penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Nilam secara pengurusannya merangkumi rancangan untuk membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah. 
Program penilaian pembacaan yang berterusan ini berlangsung sepanjang tahun dan berterusan. Oleh sebab itu, Pusat Sumber sekolah akan mengadakan lawatan ke Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 yang akan diadakan pada 24 Jun hingga 3 Julai 2011.
       
      Nama Program : Lawatan ke Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011
      Tema : Mari Membaca
      Tempat : Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor

      Objektif :
  •  Untuk menanam minat membaca dikalangan warga sekolah.
  •  Menanam minat cintakan buku dan ilmu pengetahuan.
  •   Untuk menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
  • Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.

Bengkel Perpustakaan Sekolah Bersama MSU 2011



Bengkel Perpustakaan Sekolah adalah satu usaha yang sangat baik dan banyak memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar terutama sekali Pengawas Pusat Sumber SMK Sri Andalas.
Tema untuk Bengkel kali ini adalah "Pusat Sumber Penjana Modal Insan Berkesan" , bengkel ini telah dijalankan pada 22 Februari 2011 bertempat di Lecturer Hall, Level 5, MSU, Shah Alam.
Objectif bengkel ini adalah :-
  • Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan Pusat Sumber Sekolah.
  •  Untuk menarik minat para pelajar agar sayangkan ilmu dan Pusat Sumber.
  •   Untuk menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
  •   Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.
  •  Mencungkil dan mengasah bakat-bakat yang ada di kalangan para pelajar.


Pada jam 8.30 pagi, semua guru-guru pengiring dan pelajar-pelajar yang terpilih telah berada di Lecturer Hall, Level 5, MSU. Seramai 64 orang guru dan 160 orang pelajar yang terdiri daripada semua 32 buah sekolah menengah daerah Klang. Taklimat pertama disampaikan oleh En. Azwan Affandi selaku Ketua Unit di bahagian Perpustakaan MSU. En. Azwan Affandi memperkenalkan kepada para pelajar dan guru konsep sebenar Pusat Sumber dan Perpustaakan. Beliau menerangkan kepentingan dan kelebihan pusat sumber.

            Taklimat seterusnya disampaikan oleh Pn. Azizah Ahmad yang menyampaikan taklimat berkenaan dengan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah.  Pusat Sumber merupakan satu tempat yang penting dan ia sepatutnya merupakan gedung ilmu yang dapat menarik minat pelajar dan guru-guru mencari dan menggunakan bahan sepenuhnya untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

            Selepas taklimat, kira-kira jam 12.00 tengahari semua peserta dibawa melawat Perpustaaan MSU. Perpustakaan MSU dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan sangat konduksif untuk kegunaan para pelajarnya. Kami juga dibawa melawat unit-unit lain seperti Unit Kejururawatan, Unit Perhotelan dan banyak lagi.

          





  Alhamdulillah, banyak yang dapat diperolehi sepanjang berapa di MSU. Insyaallah, sekiranya berkesempatan Pusat Sumber Gemilang SMK Sri Andalas akan berkunjung lagi ke MSU.





Nilam 2011

NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Nilam secara pengurusannya merangkumi rancangan untuk membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah. Program penilaian pembacaan yang berterusan ini berlangsung sepanjang tahun.

            OBJEKTIF
  • Untuk menanam minat membaca dikalangan warga sekolah.
  • Menanam minat cintakan buku dan ilmu pengetahuan.
  • Untuk menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
  • Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.

           
        Alhamdulillah, program NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca yang  dilancarkan pada 7 Januari 2011 telah berjalan dengan baik dan berkesan. Penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan telah mewujudkan budaya membaca dikalangan para pelajar dan guru SMK Sri Andalas. Program ini juga telah memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang telah banyak membaca dan yang telah mencatatkan bacaan dalam buku NILAM.  InsyaAllah, program ini akan diteruskan tahun hadapan.Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan Nilam 2011 ini.