Bengkel Perpustakaan Sekolah adalah satu usaha yang sangat baik dan banyak memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar terutama sekali Pengawas Pusat Sumber SMK Sri Andalas.
Tema untuk Bengkel kali ini adalah "Pusat Sumber Penjana Modal Insan Berkesan" , bengkel ini telah dijalankan pada 22 Februari 2011 bertempat di Lecturer Hall, Level 5, MSU, Shah Alam.
Objectif bengkel ini adalah :-
- Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan Pusat Sumber Sekolah.
- Untuk menarik minat para pelajar agar sayangkan ilmu dan Pusat Sumber.
- Untuk menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
- Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.
- Mencungkil dan mengasah bakat-bakat yang ada di kalangan para pelajar.
Pada
jam 8.30 pagi, semua guru-guru pengiring dan pelajar-pelajar yang terpilih
telah berada di Lecturer Hall, Level 5, MSU. Seramai 64 orang guru dan 160
orang pelajar yang terdiri daripada semua 32 buah sekolah menengah daerah
Klang. Taklimat pertama disampaikan oleh En. Azwan Affandi selaku Ketua Unit di
bahagian Perpustakaan MSU. En. Azwan Affandi memperkenalkan kepada para pelajar
dan guru konsep sebenar Pusat Sumber dan Perpustaakan. Beliau menerangkan
kepentingan dan kelebihan pusat sumber.
Taklimat
seterusnya disampaikan oleh Pn. Azizah Ahmad yang menyampaikan taklimat
berkenaan dengan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber merupakan satu tempat yang
penting dan ia sepatutnya merupakan gedung ilmu yang dapat menarik minat
pelajar dan guru-guru mencari dan menggunakan bahan sepenuhnya untuk kegunaan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Selepas
taklimat, kira-kira jam 12.00 tengahari semua peserta dibawa melawat
Perpustaaan MSU. Perpustakaan MSU dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan
sangat konduksif untuk kegunaan para pelajarnya. Kami juga dibawa melawat
unit-unit lain seperti Unit Kejururawatan, Unit Perhotelan dan banyak lagi.
Alhamdulillah, banyak yang dapat diperolehi sepanjang berapa di MSU. Insyaallah, sekiranya berkesempatan Pusat Sumber Gemilang SMK Sri Andalas akan berkunjung lagi ke MSU.
No comments:
Post a Comment