NILAM merujuk kepada
Nadi Ilmu Amalan Membaca yang merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Nilam secara
pengurusannya merangkumi rancangan untuk membina tabiat membaca secara terancang
dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca yang diadakan di
sekolah.
Program penilaian pembacaan yang berterusan ini berlangsung sepanjang
tahun dan berterusan. Oleh sebab itu, Pusat Sumber sekolah akan mengadakan
lawatan ke Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 yang akan diadakan pada 24
Jun hingga 3 Julai 2011.
Nama Program : Lawatan
ke Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011
Tema : Mari Membaca
Tempat : Pusat Konvensyen Shah
Alam, Selangor
Objektif :
- Untuk menanam minat membaca dikalangan warga sekolah.
- Menanam minat cintakan buku dan ilmu pengetahuan.
- Untuk menggalakkan para pelajar agar kerap berkunjung dan menggunakan Pusat Sumber.
- Untuk melahirkan para pelajar yang mampu mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment